VISI
Menerajui Transformasi Generasi Bestari melalui Teknologi Pendidikan
MISI
Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan
OBJEKTIF
- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam TEKNOPEN.
- Mengumpul dan menyebarkan maklumat profesional pendidikan, khususnya dalam teknopen ke sekolah-sekolah.
- Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS).
- Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah sekolah.
- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat.
- Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat.
FUNGSI PKG
- Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian dan pelaksanaan dasar teknologi pendidikan.
- Menyediakan bahan sumber pendidikan dalam pelbagai media.
- Menyebar, mempromosi dan menggalakkan penggunaan teknologi pendidikan di sekolah.
- Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu PSS di sekolah.
- Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaan program gerakan membaca di sekolah.
- Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaan program ICT di sekolah.
- Memberi perkhidmatan Meja Bantuan Aras 1 kepada sekolah.
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga PKG Kinta Utara dengan penuh tekad dan iltizam, berjanji menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami dalam melaksanakan segala program serta memberikan perkhidmatan yang berkualiti melalui kerjasama, kesungguhan usaha, peka dan responsif terhadap keperluan-keperluan pelanggan.