(u.p.: Guru Perpustakaan dan Media, Guru NILAM
dan Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah)
Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Teknologi Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru melaksanakan pemantauan atas talian bagi Penarafan iQ-PSS dan Kemaskini Data i-NILAM dari masa ke masa. Berdasarkan pemantauan tersebut, didapati penarafan dan data masih belum dilaksanakan secara menyeluruh.
Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan/puan adalah dipohon untuk melaksanakan penarafan dan kemaskini data berkaitan perkara di atas secara berkala. Penarafan iQ-PSS hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya pada 30 Jun 2014. Manakala Kemaskini data i-NILAM secara bulanan dilaksanakan pada setiap akhir bulan. Terima kasih diucapkan kepada sekolah yang telah melaksanakan Penarafan iQ-PSS dan Kemaskini Data i-NILAM.
Sekiranya tuan/puan menghadapi sebarang masalah berkaitan perkara di atas, sila berhubung dengan Pusat Kegiatan Guru masing-masing.
Categories: