Tuan, 

TAKLIMAT PENGGUNAAN DAN INSTALASI BAHAN/PERISIAN MBMMBI (BM/BI) SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAK 2014

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa jawatankuasa Pusat Kegiatan Guru Daerah Kinta Utara akan mengadakan taklimat penggunaan dan instalasi bahan/perisian MBMMBI (BM/BI) bagi semua sekolah di Daerah Kinta Utara berdasarkan ketetapan yang berikut; 


(1) 
Tarikh: 18 Februari 2014 (Selasa) 
Tempat: PKG Tasek 
Masa: 2.00ptg hingga 5.00 ptg 
Sasaran: Seorang Guru MBMMBI Sekolah Kebangsaan 
Waktu Pendaftaran: 2.00 petang 

(2) 
Tarikh: 18 Februari 2014 (Selasa) 
Tempat: PKG Dato' Panglima Kinta 
Masa: 2.00ptg hingga 5.00 ptg 
Sasaran: Seorang Guru MBMMBI SJK(T) dan SJK(C) 
Waktu Pendaftaran: 2.00 petang 
(3) 
Tarikh: 18 Februari 2014 (Selasa) 
Tempat: PKG Manjoi 
Masa: 2.00ptg hingga 5.00 ptg 
Sasaran: Seorang Guru MBMMBI Sekolah Menengah 
Waktu Pendaftaran: 2.00 petang 

3. Pohon pihak tuan memberi pelepasan kepada pegawai tuan untuk menghadiri taklimat tersebut. 

4. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pn. Samsiah binti Bugiman, PTP1, PKG Manjoi melalui talian 05-5267668. 

Sekian, terima kasih.

Categories:

PKG SERI AMPANG

PKG TASEK