“1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
“PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN”

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wrt. wbt., Salam 1Malaysia & Salam Perak Aman Jaya

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah,
Daerah Kinta Utara.

Tuan,

MESYUARAT PENYELARASAN GURU PENYELARAS BESTARI/ GURU ICT DAERAH KINTA UTARA

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas untuk perhatian tuan.

2. Pusat Kegiatan Guru Daerah Kinta Utara akan mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Guru Penyelaras Bestari/ Guru ICT berdasarkan ketetapan berikut:

Tarikh: 12 Mac 2014, (Rabu)
Masa: 2.00- 5.00 petang
Tempat:

1. Sekolah Kelompok PKG Manjoi – PKG Manjoi
2. Sekolah Kelompok PKG Tasek - PKG Tasek
3. Sekolah Kelompok PKG Seri Ampang – PKG Seri Ampang
4. Sekolah Kelompok PKG Lahat – PKG Lahat
5. Sekolah Kelompok PKG Sg Pari – PKG Sg Pari
6. Sekolah Kelompok PKG Dato Panglima Kinta – PKG Dato Panglima Kinta
 


MUAT TURUN SURAT PANGGILAN RASMI DI SINI 

3. Mohon pihak tuan memberi pelepasan kepada guru yang berkenaan untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP), PKG Manjoi, Pn. Samsiah binti Bugiman melalui talian05-5267668.

4.. Segala kerjasama pihak tuan terhadap pelaksanaan mesyuarat ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


ZAMRI BIN SULAIMAN
Penolong PPD ICT,
Unit Pengurusan Maklumat (ICT),
b.p. Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara.

0195736167
052437221

zamri.sulaiman@moe.gov.my
ictppdkintautara@gmail.com

Categories:

PKG SERI AMPANG

PKG TASEK