Pihak PKG Kinta Utara memohon maaf atas kesulitan tuan/puan berhubung perkara tersebut. Surat tersebut telah dipaparkan pada Jumaat (7.3.3014) pada portal PPD Kinta Utara, atas masalah teknikal tiada paparan mengenai arahan mesyuarat GPM. Pihak PKG difahamkan oleh pihak PPD, surat tersebut akan dipaparkan pada 10.3.1014 Isnin, pada jam 3.00 petang melalui portal PPD Kinta Utara. Contoh surat arahan: Pengetua dan Guru Besar Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Daerah Kinta Utara. Tuan, MESYUARAT GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA DAERAH KINTA UTARA Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa jawatankuasa Pusat Kegiatan Guru(PKG) Daerah Kinta Utara akan mengadakan Mesyuarat Guru Perpustakaan dan Media berdasarkan ketetapan berikut: TARIKH: 11.03.2014 (Selasa) MASA: 2.00 – 5.00 petang TEMPAT: 1. Sekolah Kelompok PKG Manjoi - PKG Manjoi 2. Sekolah Kelompok PKG Tasek - PKG Tasek 3. Sekolah Kelompok PKG Seri Ampang - PKG Tasek 4. Sekolah Kelompok PKG Lahat - PKG Lahat 5. Sekolah Kelompok PKG Sg Pari – PKG Sg. Pari 6. Sekolah Kelompok PKG Dato Panglima Kinta - PKG Dato Panglima Kinta 3. Sehubungan dengan itu, mohon tuan memberi kebenaran kepada Guru Perpustakaan dan Media dari sekolah tuan untuk menghadiri mesyuarat tersebut. 4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn Samsiah Bt Bugiman, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Manjoi di talian 05-526 7668 atau 019-560 8109. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. |
Categories: